Tuesday 1 November 2011

Apa Yang Anda Pelajari Hari Ini???

Hari itu adalah hari dimana saya bisa mengetahui banyak alamat web yang berguna bagi seseorang yang ingin mengembangkan kemampuan pikir buah hatinya dengan basis teknologi, berbagai web dan portal pendidikan dipresentasikan oleh kawan-kawan saya di sini( University of Malaya). Mereka menilai, mengeksplor isi web dan mendemonstrasikan beberapa game dan konten yang ada dalam web tersebut. Memang secara umum penggunaan internet dalam pembelajaran bukan hal yang baru. 

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).
Sejenak saya memang termenung memikirkan jaman sekarang ini. Perkembangan internet sangat dahsyat, pemikiran seperti itu pasti akan timbul di benak anda juga. Cobalah sesekali kunjungi http://www.msn.com/tutorial/default.html ). 
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.
  Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan       pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.
  Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.
  Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.
  Di jaman sekarang, teknologi informasi telah merambah kehidupan kita dan tak pandang bulu siapa yang mengaksesnya. Begitu banyak kemudahan yang ditawarkan oleh kemajuan teknologi. Satu hari di depan komputer dan terhubung dengan internet, memberi informasi yang sangat banyak, dan butuh 100 hari untuk mengetahui itu jika anda hidup di era 50 an.
Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
·          E – mail (Mel Eletronik)
·          Laman Web (WWW)
·          Internet Relay Chat (IRC)
·          Telnet
·          Kumpulan Diskusi dan Berita
·         File Transfer Protocal (FTP)
Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kita mungkin sekarang hanya memikirkan menggunakan teknologi tersebut, tapi kira-kira pa yang sedang dilakukan pengembang teknologi di sana? apa sedang ber blog ria, facebook, dan chat seperti kita seperti ini? Yang pasti, yang kita harapkan adalah agar mereka bisa selalu menggunakan kelebihannya untuk selalu meningkatkan derajad kemampuan manusia dengan mempertimbangkan moral dan selalu memberikan manfaat besar bagi pengguna teknologi di dunia.

0 comments:

Post a Comment